Ahad, 28 Oktober 2012

KARUT LEWAT MALAM

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha. :)

Kali ini aku nak cerita pasal lagu, lagu aku.. ciptaan sepenuhnya oleh aku dan aku yang menyanyikan lagu aku tu.. judul lagu DEWI AMIRA.. ada kisah disebalik lagu ini, tapi aku rasa elok saja aku simpan dulu kisah lagu ini. Hari ini raya ketiga aidiladha 2012, maka terhasil sebuah single lagu yang pertama dari aku.. arrangement muzik aku serahkan sepenuhnya pada bro JUKIEY, gitarist kumpulan DESIRE-X.. sebenarnya tak banyak pun aku nak sembang pasal lagu aku ni.. cuma aku terlalu gembira dengan kesungguhan, ketekuanan dan kesabaran aku selama ini hingga membuahkan hasil.. itu sebab keluar peribahasa USAHA TANGGA KEJAYAAN. :)

Salah satu sebab kenapa aku nak sangat menyanyi, itu adalah cita-cita aku sejak dari aku berbaju kameja putih berseluar slank biru gelap di zaman kecik lagi. Ramai manusia mengutuk dan menghentam bila aku cakap aku nak jadi penyanyi, soalan paling top adalah, 'sedap ke suara kau nak jadi penyanyi?', hati aku berkata.. 'NAK SERIBU DAYA'.. walaupun lagu aku ini belum lagi keluar mana-mana stesen radio, tapi aku dah cukup berbangga dengan usaha yang selama ini aku hamparkan di medan peperangan manusiawi.. kata orang, 'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG'.. aku faham maksud perkataan itu.. orang lain pun patut faham perkataan itu.. hehehehehe.

Lagu kedua aku dalam proses sekarang ini, lagu ciptaan sepenuhnya oleh ANU XN3 berjudul CINTA GILA. Lagu ini aku feat dengan ANU sendiri, lagu ini juga akan aku masukkan dalam single album aku.. tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku dengan kejadian ini semua.. hahahahahaha.. lagi 3 lagu akan menyusul dan misi aku sekarang mahu naik semua stesen radio untuk persembahkan lagu yang aku ada.. memang aku tahu bukan senang nak bagi radio mainkan lagu itu, tapi aku percaya bila niat ikhlas.. Allah pasti bagi kita peluang.. apa-apapun kita tengok la apa jadi dengan lagu DEWI AMIRA tu ye.. chow dulu geng! :)


Sabtu, 21 Julai 2012

SEMBANG PAGI.

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan yang indah ini.. masih lagi mendengar bunyi-bunyi kicauan burung di pagi hari. Hari ini diberi kesempatan untuk meneruskan puasa ke-2 di bulan ramadhan bagi tahun 2012. Ya! tahun 2012, tahun ini adalah tahun yang paling kejam dalam hidup aku.. banyak perkara yang tak diduga berlaku dengan sekelip mata dan takdir yang bergitu berat terpaksa aku tanggung.. SEDIH dgn DUGAAN yang NYATA. :(

Tahun ini genaplah 4 tahun aku berada dalam industri lakonan, bermula dari pelakon extra pada awal tahun 2008.. balik ke kampung 2 minggu sebelum puasa pada tahun itu jugak dan terus berputus asa untuk ke KL kerana aku tak nampak jalan macam mana untuk aku nak cipta nama sebagai pelakon.. lepas tu aku dikurniakan rezeki yang tak pernah aku angankan dalam hidup aku dan tak pernah juga tercipta dek akal fikiran aku yang waras ini.. ZEDZAIDI offer gua jadi P.A dia beb! sejak itu aku mula menampakkan cahaya masa depan aku untuk terus bertahan dalam dunia lakonan.. Sedar tak sedar, setahun setengah jugak aku menjalani hidup sebagai P.A dan aku tak akan lupa segala suka duka dalam melayari hidup sebagai P.A. Disitu aku mula mengenali ARTIS-ARTIS, aku belajar hidup dalam kehidupan ARTIS dan aku belajar menjadi ARTIS.. tapi awal bulan JUN tahun ini aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu berlakon lagi dengan sebab-sebab yang tertentu.. aku pasti ini keputusan yang pahit tapi aku terpaksa demi segala kenangan yang telahpun berlalu. Terima kasih buat ZEDZAIDI kerana anda saya dikenali oleh rakan-rakan ARTIS dan rakan-rakan yang ingin mengenali saya. :)

Sebenarnya sejak aku kecil lagi aku terlalu meminati nyanyian.. sehingga sekarang minat itu masih menebal dalam hati.. dan aku ingin jadi seorang penyanyi jika diizinkan olehNya. Masuk indusrti lakonan tu sebenarnya mencari jalan agar aku dapat masuk ke dalam industri nyanyian.. aku ingat mencipta nama melalui lakonan mudah, tapi sebaliknya.. jadi aku terpaksa melupakan jalan itu. Kini aku sedang berehat panjang di kampung sambil-sambil tu adalah masuk studio jamming dengan band yang agak boleh tahan jugak permainannya.. main genre rock kapak memang kene dengan jiwa aku.. ada peluang terus masuk jadi vocalist.. hehehehehe. Bila aku suarakan pada kawan-kawan aku yang aku mula nak menyanyi, semuanya gelak dan mengutuk.. biasa la sifat manusia memang macam tu.. aku tak cakap orang lain.. kalau aku pun aku gelak jugak.. hahahahahahahaha.. tapi aku tak ambik port pun pasal tu.. orang melayu ni masa kita tak berjaya memang dia gelak dan kutuk, tapi bila dah berjaya nanti mula la sanjung dan kata 'itu kawan aku'.. aku dah faham dah.

Buat masa sekarang ni aku cuba mencipta beberapa lagu untuk aku buat satu ALBUM SINGLE.. insyaAllah jika diberi rezeki dan keberkatan, terlahirlah ALBUM tu.. genre yang akan aku bawa mungkin genre jiwang kot.. sebab rock zaman sekarang susah nak diterima.. duk di kampung perah otak buat lagu.. memang satu tekanan buat aku.. orang kata 'nak seribu daya, taknak seribu dalih'.. 'usaha tangga kejayaan'.. apapun nanti kita tengok la macam mana., byeeee. :)

Ahad, 1 Januari 2012

MENTOR 6.. MENCUBA NASIB. :)

Assalamualaikum dan Happy new year 2012 pada yang terbaca blog aku ni.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dan baca artikel-artikel dalam blog 'DEEN ARMAN MENGEJAR IMPIAN' ni. :) 2011 banyak dugaan-dugaan yang terpaksa aku lalui dan banyak jugak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Baru aku tahu kenapa bapak aku marah sangat dekat aku dulu bila aku ambik duit dia masa dia patah kaki tak boleh bekerja.. bukan senang nak cari sesuap nasi woooo!!! patut la ada keluar peribahasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.. itu semua aku dah mula faham dan mengerti.. tapi sekarang aku bernasib baik kerana mempunyai tiga orang abang, dua orang adik dan seorang mak dan seorang bapak yang selalu support aku walaupun sesekali mak aku pernah suruh aku cari kerja lain.. mungkin rezeki orang belum sampai lagi mak.. esok lusa mana tahu rezeki tu jatuh tergolek.. siapa tahu kan?

Ok bercerita mengenai Mentor 6.. entah dari mana aku sendiri pun tak tahu kenapa aku nak try.. tiba-tiba aku rasa nak pergi ujibakat nyanyian. Memang sejak dari kecik dulu aku nak jadi seorang penyanyi.. bukan seorang pelakon.. tapi oleh kerana nak masuk link nyanyian tu susah.. aku fikir baik aku try dalam bidang lakonan dulu.. lepas cipta nama baru aku menyanyi.. tapi lain pulak jadinya.. nak masuk link lakonan pun susah jugak rupanya.. hahahahahaha.. letih kepala otak pikir. Aku teringat kata-kata Joey Exixst masa aku shooting dengan dia dalam drama Cuci-cuci services 2 episod 16.. dia cakap sekarang ni nak jadi penyanyi mahupun pelakon tak susah.. yelah, dah berlambak program reality TV kat Malaysia ni.. sekarang bukan macam zaman dulu.. dulu memang susah giler kalau nak jadi seorang penyanyi mahupun pelakon.. bagi aku walaupun banyak program reality TV.. itu susah jugak sebab semua ni bergantung pada nasib dan rezeki masing-masing.. berapa ramai manusia-manusia yang nak jadi artis sekarang? berapa ramai yang nak glamor? berapa ramai yang nak top? berbekalkan rupa paras dan body yang baik pasti peluang tu cerah.. kalau macam aku ni lambat sikit la.. entah-entah tak dapat langsung.. huhuhuhuhu.

Kenapa aku nak try mentor 6? Sebab pertama aku nak try mentor ni bukannya apa.. ujibakat berlakon dah berlambak aku pergi.. dari pilih kasih 2 sampai ke pilih kasih 3 aku pergi tak dapat.. raja lawak 6 pun sama tak dapat.. casting filem-filem, drama-drama pun sama.. semua tak dapat.. aku pun tak tahu mana silapnya.. kalau nak kata aku tak pandai berlakon tak jugak.. sebab ada seorang mamat ni tak pernah berlakon drama pun Mr.David ambik jugak dia jadi artis MIG.. habis macam mana tu? tak apalah mungkin rezeki dia kot. Sebab kedua aku nak try mentor ni kerana aku dah try nyanyi depan artis-artis kita seperti otai rock kapak Amir pearl, Anu raja lawak, Zedzaidi dan komposer baru Syamsi-y.. rata-rata bagitahu masalah aku adalah tempo.. jadi untuk ke mentor nanti aku akan cuba baiki tempo aku dan mungkin berbekalkan suara rock aku ni boleh menambat hati Ella ataupun Faizal Tahir.. hahahahahahah.. harap-harap baiklah semuanya... aku rasa mata pun nak sambung tidur balik.. sebelum pengsan kat depan laptop ni baik aku masuk kamar aku dulu.. see you again. :)

Selasa, 13 Disember 2011

DUGAAN BUAT DIRIKU..

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua.. Malam ini aku berada di Kerteh dan tidur disini kerana ada kenduri akikah anak buah baru aku pada esok hari.. malam ini rasa tak boleh nak tidur pulak.. jadi datang la idea untuk update blog usang aku ini. Ok bercerita tentang kerjaya aku.. banyak benda telah aku lakukan untuk menaikkan nama dan memperhebatkan lakonan aku selama aku berjalan sendiri.. ada macam-macam kisah yang terjadi dalam hidup aku.. dugaan demi dugaan datang tanpa aku duga.. seksa menanggungnya.. bak kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Banyak plan aku tak menjadi.. aku pun tak tahu kenapa.. yang aku tahu usaha aku dah berlambak tapi satu pun tak melekat.. mungkin bukan rezeki aku lagi kot. Ni aku senaraikan tiga perkara yang telah aku lakukan.

UJIBAKAT RAJA LAWAK MUSIM KE-6
Sedar tak sedar raja lawak pun dah masuk musim ke-6.. disebabkan program itu dah makin meletup aku.. aku pun turut serta ke ujibakat itu dengan harapan aku terpilih menjadi peserta raja lawak.. mungkin dengan cara itu nama aku lepas ini akan naik sikit demi sedikit.. tapi pertaruhan aku buat pertama kali ke raja lawak tak menjadi.. kisahnya sebelum hari raya aidiladha lagi aku dah plan nak ke ujibakat tu.. aku pikir aku ni tak kelakar.. otak pun tak berapa nak smart cari idea kelakar kalau nak naik stage seorang-seorang.. jadi aku try ajak seorang member yang boleh la  buat aku gelak sikit-sikit kalau dia cakap bahasa jawa tu.. dia pun setuju nak naik stage dengan aku.. sebelum aku balik cuti raya aidiladha kita orang dah praktis sikit-sikit dengan cerita dan idea dia.. aku turutkan aje.. bila aku dah sampai kat kampung aku.. dia sms aku pulak katanya 'kita  naik stage bertiga nanti'.. disebabkan permintaan dia aku ok kan saja sebab member dia seorang lagi tu pun pernah jugak aku lepak sekali.. balik KL terus aku jumpa dia untuk praktis.. semua cerita dah diubah oleh kawan member aku ni.. masa dia ceritakan aku cerita dia, aku sendiri rasa cerita tu tak kelakar dan tak boleh belah! tapi kawan member aku ni cakap cerita dia best.. nak tak nak aku terpaksa akur jugak.. bila naik stage memang hancur la jadinya.. lepas tu aku pulak dia salahkan.. macam babi tak? tapi tak apa lah.. benda dah lepas.. mungkin rezeki aku tak ada kot untuk raja lawak.

CASTING DRAMA 13eps 'MAK YONG'
Drama ini projek production WEB.. saudara Jurey Latiff Rosli yang punya.. aku memang kenal pun dengan orang-orang production ni.. katanya cerita 'mak yong' ni banyak watak orang kelantan nak pakai.. jadi pakej aku orang kelantan sejati dia nak pakai la katanya. Aku dapat tahu info casting tu dari FB Abang Taha selaku orang kuat Jurey.. jadi aku pergi la casting tu sebab tak nak lepaskan peluang yang ada.. pergi je kat ofis tu aku tengok orang tak ada la ramai sangat.. tapi ada la awek seorang dua yang baik-baik.. (cun) hehehehe.. jadi bila berada kat situ aku duduk la tengok seorang-seorang dicasting oleh PM (Production Manager).. aku dimintanya untuk jadi partner awek-awek tadi.. lepas selesai casting awek-awek tu semua.. aku pun balik sebab dia orang kata aku ada watak.. tapi tunggu sampai sekarang tak ada orang call pun.. hampeh betul.. huhuhuhu. :)

PILIH KASIH MUSIM KE-3
Sekali lagi 'Pilih Kasih' mencari pelakon-pelakon baru yang berbakat untuk diketengahkan.. aku juga merasa rugi kalau-kalau aku tak try pergi test aku punya bakat lakonan aku ni. Semasa raja lawak aku dah jumpa dengan kawan aku.. masa raja lawak dia naik stage dengan kawan dia.. jadi bila dia tak dapat lepas raja lawak.. dia ajak aku naik stage pilih kasih pulak dengan dia.. aku pun ok kan aja jugak kali ni walaupun aku dah malas nak pergi ujibakat pilih kasih. Hari pertama ujibakat aku janji dengan dia pukul 10.30am nak gerak ke KL Sentral.. disebabkan malam tu aku tidur lewat dan paginya aku dah tak boleh bangun.. aku cancel nak pergi sana dengan kawan aku ni setengah jam sebelum nak grak pergi sana.. bising dia dengan aku.. hahahahahaha.. Keesokkan harinya hari yang terakhir untuk ujibakat.. malam tu pun aku still tidur lambat dan malas tak malas aku terpaksa bangun pagi jugak disebabkan dah janji dengan kawan aku ni. Aku cakap kat dia jumpa kat Petronas Tol 50sen yang dah tak ada tu pukul 8.30am.. aku tunggu dia dekat dengan sejam jugak kat situ baru dia muncul.. panas je hati aku.. sampai sana aku park moto aku kat bukan tempat parking moto.. aku ingat boleh je letak situ kan? lepas tu aku gerak la pergi ambik form dan giliran kami ke-4 terawal.. naik stage entah apa aku buat terus tak dapat.. lepas tu makan mcd dan gerak nak balik.. tiba-tiba je tengok moto aku dah kene rantai dengan Polis Bantuan KL Sentral tu.. RM40 kene bayar saman.. cibai betul la.. pilih kasih tak dapat aku tak kisah sangat.. moto aku kene saman ni aku panas.. tapi nak buat macam mana dah itu takdir aku hari tu.. hari paling malang dalam hidup aku!

Itulah sedikit sebanyak kisah yang berlaku sepanjang hari ini.. aku pun lepas pilih kasih tu aku rasa dah mengalah untuk terus melangkah dalam bidang ni.. tapi bila ada seorang brother ni tweet aku cakap jangan putus asa.. aku rasa biar aku pijak bara sampai habis lah kot.. alang-alang dah sakit biar terus sakit.. kalau nak berpatah balik pun confirm sakit jugak.. jadi disini saja dulu untuk kali ni.. aku pun dah syok dengar pak cik aku berdengkur.. aku rasa baik aku follow dia berdengkur jugak.. hihihihihihi.. night World.

Selasa, 30 Ogos 2011

PERJALANAN YANG MENCABAR.

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan pada mereka yang menyambutnya.. maaf zahir batin kalau ada salah. :) Sebenarnya aku dah lama nak update blog aku cuma masa dan keadaan yang tak mengizinkan.. pagi ni bersempena dua syawal akhirnya keadaan mengizinkan juga untuk aku mencoretkan secebis bingkisan untuk melengkapkan diari hidup aku sebagai seorang anak seniman. Mula-mula sekali aku nak kongsikan pengalaman aku buat kerja di belakang tabir iaitu runner. Lepas aku berhenti kerja sebagai PA, aku dapat offer job untuk buat runner dengan production layar consult sdn.bhd  untuk drama 10episod berjudul keimanan cinta.

Dalam sebulan aku terlibat dengan job ni aku tengok macam-macam jenis perangai manusia.. memang betul kata orang, ego manusia ni terlalu tinggi untuk mengaku kekurangan diri sendiri.. aku percaya itu sebab aku tengok dalam ramai-ramai yang terlibat tu takde siapa pun bila buat salah mengaku akan kesalahannya itu.. sebaliknya menunding pula jari pada orang lain dan membuatkan keadaan jadi lagi keruh. Job runner yang aku buat ni paymentnya takde la besar.. aku ambik pun sebab aku nak cuba pengalaman baru dalam hidup aku,  tapi sayang bila mana aku tengok semua manusia-manusia dalam team ni hipokrik.. aku bukan nak cakap aku ni bagus atau aku tak hipokrik.. tapi aku tahu kerja aku dan bila orang tanya aku, aku akan cakap berdasarkan apa yang aku nampak dan terjadi.. aku tak suka menambah-nambahkan cerita dan tak pula mereka-reka cerita.. sebab itu aku selalu dituduh bersalah kerana aku terlalu jujur dengan kata-kata. Lepas habis job tu aku bertekad aku taknak lagi kerja production sebab banyak benda yang tak betul dari betul.

Beberapa hari team keimanan cinta wrap aku dapat mesej dari budak-budak rumah aktor ada majlis berbuka puasa dengan sifu zulhuzaimy bertempat di kem isi rimba kemensah. Selesai berbuka semua berkumpul untuk sifu bercakap dan malam tu sifu memberi tugasan pada student-studentnya dari batch 1 dan batch 2 untuk menjayakan projek teater untuk batch 2. Aku diberi tugasan untuk jadi panel skrip bersama chaoi power yang kononnya power dan juga hafa bagi batch 1 dan semua batch 2. Selepas selesai semua majlis di situ kami semua berhijrah pula ke NZ wangsa maju.. sampai di NZ kita orang pun buat kerja macam biasa sembang-sembang kosong dan lepas tu pian bagitahu aku pm zaki col dia suruh pergi offis mega pine esok.. pian ajak aku untuk temankan dia. Esoknya pian datang ambik aku dan terus pergi offis mega pine, rupa-rupanya pergi sana pian dapat job untuk filem langgar.. masa aku menunggu pian kat offis tu zaki dah bagitahu aku suruh tunggu sebab dia nak masukkan aku sekali dalam filem tu.. aku ingat dia main-main.. selesai kerja pian dan aku pun ajak pian belah.. masa kat hightway duke zaki col aku suruh aku datang offis malam lepas buka puasa.

Malam tu sekali lagi aku pergi offis mega pine dengan pian.. dengan tak sengaja rezeki aku datang bergolek.. zaki panggil aku datang untuk sign kontrak juga macam pian.. aku pun ok je, rezeki takkan nak tolak pulak kan? masa date tu pulak aku tengah free.. aku sebat jelah.. payment pun ok. :) Esoknya aku lepak-lepak dan malam pulak aku dapat mesej dari jaz.. katanya 'esk ada casting kat skop..datang la'.. esoknya aku bangun tido pukul 4pm terus aku pergi casting.. sampai je sana aku tengok orang yang casting tu kawan aku.. lagi cantik la.. hehehe.. aku orang yang last masuk casting dan selesai casting aku balik rumah sambung tidur. Seminggu kemudian aku dapat col dari kawan aku yang casting tadi.. katanya aku dapat job jadi leading dalam telemovie dia tu.. tapi sayang aku tak boleh nak ambik sebab date-date dia orang clash dengan date filem langgar.. aku dah sign kontrak takkan aku nak langgar kontrak tu.. jadi terpaksa lepaskan job tu.. frust rasanya.. mungkin takde rezeki aku untuk job tu.. huhuhuhuhu..dan sekarang aku masih lagi shooting filem langgar sambil-sambil cari job lain untuk nafkah bini aku.. hahahahahahahhahaha.. penutup coretan aku kali ni dengan keadaan aku yang susah hati nak tunggu job baru. :)


Rabu, 22 Jun 2011

BERAKHIR KARIER P.A DAN MULA LANGKAH BARU.

HaaaalllllllLLLLLooooooo......

Dah pagi ni tapi mata pulak tak boleh nak tido.. aku paling benci time-time macam ni, bila orang lain tido aku berjaga dan bila orang lain berjaga untuk kerja aku pulak baru nak tido.. hampeh betul!!! hehehehehehe... Alang-alang aku tak boleh tido ni tiba-tiba pulak teringat kat blog 'usang' yang dah lama tak berpenghuni ni.. huhuhuhuhu.. jadi aku try loggin la nasib baik password betul.. ngeee.. kalau tak memang dah tak ada lagi cerita terbaru blog ni. :) Ok pasal kerja aku sekarang sebagai PA kepada ZEDZAIDI.. masuk bulan JUN ni aku rasa dah setahun setengah aku jadi PA.. itu satu jangka masa yang cukup lama bagi aku dan selama jadi PA kepada ZED ni.. macam-macam dapat aku belajar daripada dia.. kehidupan aku sekarang ni pun banyak BERUBAH.. pada kawan-kawan lama atau mungkin kawan-kawan kampung aku mungkin dia perasan la benda ni.. tapi pada kawan-kawan yang baru kenal aku tahun ni atau tahun lepas mungkin dia orang semua ni tak tahu kot.. hehehe..

Berbalik pada karier PA ni.. bulan JUN ni adalah bulan last aku kerja dengan ZED sebab aku ingin berjalan di tapak kaki aku sendiri pulak dalam bidang ni.. aku tak nak menumpang populariti ZEDZAIDI dan aku tak nak di cop sebagai PA ZEDZAIDI.. sebab aku PA dia ramai PM-PM tak nak panggil aku berlakon.. konon nya dia takut ZED tak bagi aku berlakon.. eh! aku jadi PA ZED pun sebab aku nak cari PLATFORM untuk aku naik jadi PELAKON.. bukan aku nak jadi PA yang berjaya ok..! kenapa aku nak berenti dengan ZED sebab aku rasa PLATFORM yang aku cari tu tak ada dengan ZED.. ZED seorang pelakon dan banyak kerja-kerja luar sebagai seorang POLITIK dan aku pulak tak minat dengan POLITIK.. jadi jalan terbaik aku belah dari ZED dan cari jalan aku pulak. Dulu masa mula-mula aku kerja dengan dia, dia ada cakap dengan aku yang dia nak jadi DIRECTOR dan katanya ramai orang suruh dia jadi DIRECTOR.. SKOP pernah offer dia jadi DIRECTOR.. MIG pun offer cuma dia kata masa tu dia ada bercadang juga nak jadi DIRECTOR tapi dia belum bersedia lagi.. aku pun tunggu la sampai sekarang tapi tengok macam tak ada dan dia pun baru bagitahu aku yang mungkin dia tak jadi DIRECTOR sebab bidang POLOTIK yang dia kejar sekarang pun baru nak bermula.. sebab tu la aku nak berenti. :) apa-apa pun thanks ZEDZAIDI sebab banyak ajar aku tentang lakonan, fasion,PR dan sebagainya.. jasamu tetap aku kenang.

Pasal lakonan pulak.. buat masa sekarang ni job aku tak banyak cuma boleh la dari tak ada.. hari tu baru lepas buat teater MUZIKA ANDALUSIA dibawah arahan idola aku iaitu ZULHUZAIMY.. banyak ilmu yang dia bagi pasal lakonan ni.. thanks CIKGU ZUL. Bulan depan masuk bulan JULAI.. aku dan kawan-kawan yang berkesempatan saja akan perform teater untuk kali kedua dibawah arahan ZUL jugak.. katanya lepas raya tahun ni.. nasib baik aku dah berenti kerja dengan ZED.. kalau tak masak aku.! Pertama kali perform teater depan orang ramai rasa gugup dan gementar memang tak terkata.. mana tak nya? aku shooting pun tak pernah sampai seratus orang lebih yang tengok aku.. lepas tu time shooting kalau salah boleh cut dan buat balik.. ni teater memang betul-betul kene ingat step by step dan dialog tak boleh fail.. kalau tak hancur jadinya.. hehehe.. time perform MUZIKA ANDALUSIA pun ada dua kali aku sangkut dialog.. lakonan pun hancur bila tengok balik.. memang jauh lagi la nak jadi sehebat sifu aku tu.. huhuhuhuhuh.. peluang kedua yang diberi oleh sifu aku ni aku harap dapat buat yang terbaik dan tak mahu buat satu kesilapan pun kalau boleh.. heheh.. Aku harap lepas perform teater kali kedua ni mudah-mudahan nampak jalan aku dalam bidang lakonan ni.. seksa dah hidup nak cari tapak ni.. apa-apa pun kita tunggu jelah k.. jam pun dah pukul 4:15am.. esok ada kerja lagi dengan ZED.. aku rasa aku chow dulu lah ye.. moga jumpa lagi.. daaaaa.. :)

Ahad, 8 Mei 2011

TAMAT LATIHAN 'RUMAH AKTOR SENIMAN'

Assalamualaikum............

Jawab salam adalah wajib ek!!! hehe.. pagi ni tercoret lagi kisah rumah aktor seniman di blog aku ni.. sedar tak sedar dah lebih 13 minggu berlalu dan tamat sudah latihan untuk pelajar-pelajar batch pertama rumah aktor seniman. Semalam 7hb mei 2011 bertempat di TAMAN BUDAYA terjadi satu peristiwa yang tak mungkin dapat dilupakan oleh pelajar-pelajar rumah aktor kerana satu persembahan teater MUZIKAL ANDALUSIA yang diberi tugas selama 10 hari tetapi dapat dipersembahkan dengan begitu baik. Aku sendiri tak sangka akhirnya dapat jugak aku berlakon atas pentas teater yang selama ini aku nak sangat buat teater.. terima kasih kepada rumah aktor kerana bagi peluang pada aku.. terima kasih jugak pada tenaga pengajar yang banyak mengajar aku tentang ilmu lakonan iaitu cikgu Zulhuzaimy, cikgu Kema, Cikgu Rosman dan cikgu Sherry.. tak lupa jugak terima kasih aku pada YK, abg Harun salim bachik dan abg Ellyas kerana banyak membantu kami semua di rumah aktor seniman. :)

Pada kawan-kawan rumah aktor iaitu Pian, Chaoi, Hafa, Han, Rozmey, Aizat, Zambre, Along Boy, Toyol, Jazli, Jamal, Rahman, Nufi, Shah, Ali, Jaharul, Mustam, Fahmi, Ekin, Atikah, Talia, Ikha, Feera, Baby, Mama, Nana dan Anis.. korang semua adalah kawan aku dan dalam blog aku ni aku nak mintak maaf kalau selama 13 minggu kita kenal ada terkasar bahasa aku ke, aku berlagak dengan korang ke or ape-ape jelah.. aku mintak maaf k. :) teater semalam gempak sebab korang semua.. mungkin lepas terpisah semalam masing-masing bawa hala tuju masing-masing.. ape-ape pun aku harap korang jangan give up.. yakin pada diri sendiri dan usah hiraukan ape orang cakap.. yang penting kita buat ape yang kita nak.. yessss!!!!

Pada minggu pertama kelas rumah aktor aku melangkah masuk dengan sedikit ilmu lakonan yang aku bawa.. disitu aku diajar tentang kelas lakonan, kelas vokal, pergerakkan dan teori pasal asas lakonan.. sejak hari tu aku mula mendaki  sedikit demi sedikit tentang ilmu lakonan.. sekarang aku lebih yakin dan lebih berani untuk beraksi di pentas lakonan.. ini disebabkan oleh cikgu-cikgu yang mengajar aku. Selesai persembahan semalam aku berasa sedih kerana akan berpisah dengan cikgu dan kawan-kawan semua.. rasa rindu na perform lagi pun ada.. baru aku tahu macam mana puasnya rasa bila persembahan kita ada orang tengok.. muzikal andalusia bukan yang pertama dan terakhir bagi aku.. lepas ni aku akan cari peluang lagi untuk perform di atas pentas.. bestttttt siot!!!!! hehe.. akhir kata dari aku pasal blog rumah aktor seniman agar semua kawan-kawan dan cikgu-cikgu success dalam bidang masing-masing.. SEKIAN....... :)

Rabu, 26 Januari 2011

RUMAH AKTOR SENIMAN.

Assalamualaikum......

Fuhhh!!! malam ni tiba-tiba je ada cerita nak tulis.. ape lagi terus bukak blog taip la ape yang patut.. hehe.. ok cerita sekarang aku nak bagitahu yang aku telah terpilih untuk sambung belajar dengan mentor aku iaitu ZULHUZAIMY melalui RUMAH AKTOR SENIMAN yang memulakan sesi latihan pada 22hb JAN 2011. Ok cerita pasal macam mana aku boleh join rumah aktor ni, yela orang kata kalau rezeki tak kemana kan?? pada hari PELANCARAN RUMAH AKTOR SENIMAN itu hari aku pegi la untuk nak support.. alih-alih rezeki aku melekat pulak dengan rumah aktor ni.. aku masuk je dalam majlis tu ada brader ELLYAS ISMAIL offer aku, dia tanya aku tak nak join ke rumah aktor ni?? aku cakap gila tak nak.. lepas tu dia suruh aku naik pentas untuk sesi fotografi ape semua dan dia suruh pulak aku isi form.. ape lagi terus nama aku tersenarai dalam 30 pelajar rumah aktor seniman tau.. hehe.

Sebelum pelancaran rumah aktor tu aku dah bagitahu boss aku yang aku pun nak pegi casting.. tapi boss aku tanya aku duit dah stanby ke?? aku cakap tak ada lagi lepas tu dia cakap la suruh aku tengok dulu untuk musim ni.. tengok macam mana program ni.. next seasons kalau ok dia suruh aku join.. tapi tu lah benda ni memang rezeki aku.. tak payah pegi casting pun dapat.. aku happy tak terkata sampai tak sabar nak masuk kelas tau.. semangat biar lebih walaupun belajar tak masuk kepala otak.. huhu. Pada 22hb JAN 2011 kelas pertama untuk musim ni dah start.. pelajar yang hadir ada 29 je, lagi sorang tak tahu mana pegi.. aku tengok kelas pertama tak ada la susah sangat dan tak ada la berat sangat pun.. cuma bila cikgu nak suruh memperkenalkan diri sorang-sorang tu yang leceh sikit, aku tak tahu la kenapa aku boleh jadi malu dan segan pulak.. padahal aku dah ada pengalaman berlakon depan orang ramai ni.. ape kes tu??

Pada kelas pertama tu aku ni macam segan-segan sikit untuk kenal-kenal dengan pelajar lain.. bukan ape aku ni kan pemalu, dan kebanyakkan pelajar yang terpilih tu semuanya entah dari mana.. yang aku kenal JOBOT, SYED ALI, PIAN, ALONG BOY dan WAWANG TOYOL.. tu pun aku kenal diorang ni sebab shooting.. kalau yang lain tu memang aku tak penah kenal dan tak penah jumpa pun sebelum ni.. diorang semua yang aku tak kenal ni pun sama macam aku ada perasaan malu-malu.. sedangkan nak jadi seorang pelakon tak perlu malu.. ape kes jugak ni?? ape-ape pun yang penting tapak aku untuk belajar lagi mendalam dalam seni lakonan ni dah ada.. jadi aku akan gunakan peluang yang ada ni dengan sebaik mungkin.. ok lah aku pun dah nak tido ni.. next story aku sambung lagi. :)

Khamis, 6 Januari 2011

SETAHUN KERJA DENGAN ZED..NAMA MAKIN NAIK. :)

Hai 1 malaysia.. harap pada yang sudi dan yang tak sudi baca blog aku ni sihat sejahtera hendaknya. Dah lama tak buka blog dan dah lama jugak aku tak coretkan tulisan dan cerita kat blog aku ni.. pagi ni aku rasa bosan sangat dan tak tahu nak buat ape.. jadi aku mula teringat pasal blog aku yang dah lama tak update.. terus aku buka dan coretkan ape yang berkaitan dengan perjalanan aku sekarang. Ok cerita terbaru dalam perjalanan aku untuk nak jadi seorang PELAKON. Sedar tak sedar dah setahun aku kerja dengan ZEDZAIDI iaitu pelakon yang cukup popular buat masa sekarang. :) .. bila dah lama ikut dia ni banyak jugak la ilmu yang dia bagi kat aku.. bukan saja ilmu lakonan, ilmu pengurusan ada, ilmu fesyen ada dan banyak lagi lah.. jadi ape yang dia bagitahu aku tentang macam mana nak jadi seorang pelakon tu semua aku ambik untuk aku teruskan usaha dan cita-cita aku ni.. aku rasa tak sia-sia aku datang KL dan kerja dengan dia.. kalau dulu masa aku jadi PELAKON EXTRA mana aku nak tahu semua ape yang seseorang pelakon mesti ada.. dulu ingat kalau aku jadi ARTIS aku nak TOP je.. tapi sekarang TOP tak penting bagi aku.. yang penting hasil lakonan aku dan karakter yang aku bawa biarlah berhasil.

Sekarang dah 2 watak yang aku dapat.. alhamdulillah semua watak tu aku bawa dengan ok dan tak menyusahkan orang disekeliling aku terutama director dan krew-krew.. watak first aku bawa sebagai PENCULIK dalam telemovie ALONG GEDEBE yang akan ditayangkan pada 09 JAN 2011 pada pukul 11malam di ASTRO WARNA dan yang keduanya telemovie jugak yang berjudul PENANGGAL arahan MICHEAL ANG untuk ASTRO RIA kalau tak silap aku.. ok la aku sekarang dah boleh pegang watak.. tu tandanya aku sekarang dah makin naik.. nama aku dengan PRODUCTION pun makin dikenali.. dulu masa buat extra aku nak sangat shooting dengan RASHID SIBIR.. tapi sekarang bila dah ikut zed.. bukan nak shooting dengan rashid sibir malah dia pun dah kenal aku.. hehe.. tak sia-sia kan aku ikut zed dan aku datang KL ni. :)

Tapi bila dah lama kerja macam ni aku rasa dha boring la pulak.. rasa macam nak berenti kerja je dengan zed.. rasa dah malas nak jadi p.a ni.. bak kata zed kalau aku berenti dan tak ikut dia.. job aku hanya pada talent agency je.. tapi kalau aku ikut dia dengan talent agency pun aku tapau dan ikut dia pun aku boleh tapau sekali.. betul jugak ape yang dia cakap tu.. nama aku tengah naik ni di kalangan production.. kalau jatuh memang susah la nak naik balik.. aku nak naik lagi nama aku biar sampai orang kenal aku DEEN ARMAN dan baru banyak job berlakon aku dapat.. lepas tu baru la aku boleh buat betul-betul ape karakter yang citer tu nak.. aku pun dah pening ni.. ok lah sementara aku nak pikir masalah ni aku rasa makan tahun jugak ni.. seelok-eloknya aku undur diri dulu la dan ada cerita terbaru lagi aku update lagi ok. :) bye-bye malaysia.

Isnin, 11 Oktober 2010

PILIH KASIH - TAK DAPAT TAK APE JANJI PUAS.

Hallllllooooooooo........

Hahahaha...gelak dan senyum je boleh aku tunjukkan walaupun aku tak terpilih dalam 'PILIH KASIH'.. itu tak bererti perjuangan aku dalam bidang seni ni dah tamat.. aku akan berjuang dan terus lagi berjuang untuk terus berada diatas. Ni baru nak start cerita pasal pilih kasih semalam yang aku pergi pada 10.10.2010. pada pukul 11.30am aku gerak dari damansara perdana dan sampai kat sana aku rasa dalam 12.15pm.. bila aku sampai di KL SENTRAL tu program tu dah start.. aku pun check line dulu macam mana.. bila aku tengok orang tak berapa nak ramai lagi kat situ cepat-cepat aku pergi daftar.. masa nak daftar tu ada la kat situ canopy streamix.. yang orang sale streamix tu sibuk je nak promosi streamix dia pada aku.. aku rasa macam nak tumbuk pun ada budak tu.. aku tengah pening nak isi borang pilih kasih dia sibuk membebel.. mentang-mentang aku pinjam pen dia.. saja dia nak cari pasal.. hahaha.

Lepas siap isi borang tu aku bagi la dekat akak yang jaga untuk penyertaan tu.. akak ni pun bukan main cantik lagi.. aku ingat nak ajak je dia isi borang kawin.. hahahaha.. tak payah nak isi borang pilih kasih.. lepas tu dia bagi aku no giliran.. aku pakai no 0911 dan aku tunggu lah kat situ.. masa tunggu tu ada la jumpa mamat ni macam bagus je sembang.. katanya tahun lepas dia dah try.. tapi haram tak dapat.. tahun ni dia cuba lagi.. lepas tu ada ke patut dia bagi bedak kat aku suruh aku pakai biar bagi hensem sikit bila kat atas pentas tu.. aku tengok bedak tu lepas tu aku bagi balik kat dia.. hahahahah.. kelakar pun ada dia tu.. tunggu punya tunggu break makan.. selera dh hilang ni sebab dah terketar nak casting.. hahahaha.. tapi aku pergi jugak makan kfc.. makan sorang-sorang der macam duk sebatang kara je kat situ.

Bila sejam kemudia start balik lepas break makan.. aku terus terketar dan aku selawat banyak-banyak sambil fikir macam mana aku nak buat atas pentas jap lagi.. lepas duduk beratur kat kerusi tu baru aku jumpa partner aku.. nasib baik lelaki kalau perempuan lagi mandi toqq.. hahahaha.. kita orang pun bincang la nak buat ape kat atas nanti.. keputusan dah compom aku dengan dia nak buat pasal polis dengan gangster.. dia jadi polis aku pulak jadi gangster pasal tengok pada watak memang kene la dia rambut pendek.. sebelum minum petang tibalah turn kta orang.

Perghhhhhh!!!! Tuhan je tahu perasaan berada atas pentas tu.. tapi aku beranikan diri buat tak tahu je sebab kat situ dah penuh orang tengok.. yang ajaibnya bila dah ada atas pentas tu perasaan terketar,gementar dan sebagainya hilang.. confident je aku buat dan terus aku bagi cow-cow punya dan dia tu pun boleh tahan jugak bagi Q kat aku.. dia bagi aku bagi last-last aku tembak dia dan dia pun mati.. bila dah habis buat dengar la komen que haidar dan cikgu fatimah abu bakar.. dia kata 0910 dan 0911 maaf anda berdua tak berjaya.. aku pun turun pentas dengan perasaan PUAS sebab aku dah buat yang terbaik walau tak dapat.. aku tak kisah janji aku puas.. aku pun bukan harap aku dapat masuk pun.. hahahaha.. ok sampai sini dulu citer pilih kasih aku.. nanti ada cerita aku update lagi. :)

Jumaat, 17 September 2010

CUBA KENAL DIRI SENDIRI.

Assalamualaikum...

Malam ni aku cuba mencoretkan sebuah coretan untuk dijadikan diari hidup buat tatapan masa sekarang dan juga dihari tua. Bukan untuk dijadikan bahan ketawa buat sesiapa yang pernah singgah blog aku ni dengan tulisan aku yang jiwang-jiwang.. hehe.. sekarang aku mula belajar untuk aku mengenali diri aku sendiri walaupun tanpa sebab-sebab tertentu. sekarang aku berada dikampung yang masih lagi bercuti raya.. bukan aku nak sangat cuti lama-lama ni.. aku kat kampung sekarang ni sebab tiket bas tak ada dan nak tumpang kereta kawan-kawan pun susah.. jadi tinggalah aku dikampung lagi menanti tibanya hari isnin 20hb 9 2010 pada hari aku akan ke KL balik.

Kalau difikirkan pasal tajuk blog ni.. aku sendiri pun susah nak kongsikan ape maknanya dengan pembaca blog aku ni. (maksud aku yang tersinggah kat blog aku ni la). sebabnya diri kita hanya kita yang tahu.. walau macam mana pun kita pikirlah diri kita tu ya. :)
Dalam kepala otak aku ni.. sekarang baru aku terfikir yang layak ke kalau aku nak jadi seorang pelakon? sedap ke suara aku untuk aku jadi seorang penyanyi? agak besar jugak cita-cita aku ni kan? walaupun dah agak lama jadi p.a artis ni sekarang baru aku mula tertanya-tanya soalan tu. Boss aku pernah cakap bahawa dia tengok aku masa sekarang ni memang aku belum layak lagi untuk jadi seorang pelakon.. penyanyi pun sama.. tapi macam mana aku nak mula langkah aku ni? nak masuk dalam bidang ni memang senang.. nak top pun senang jugak.. tapi nak maintain tu memang agak payah. (kata boss aku).

Bila kat kampung ni baru la aku boleh berfikir sikit sebab kalau kat KL dengan boss aku tu memang otak aku ni tak boleh berfungsi langsung.. tahu la dia punya mulut asyik nak membebel je.. dia ingat dia BABEL ke? alah BABEL pemain LIVERPOOL.. hehe gurau je. aku pikir punya pikir aku rasa aku dah ada strategi untuk aku nak bergelar seorang pelakon.. mula-mula aku kene banyak berusaha sebab aku ni suka tido kalau tak keje.. jadi kene ubah pemikiran lepas ni kalau ada masa bukak internet dan hantar profile kat kakiseni.com untuk tahu kat mana ada casting. Casting ni penting untuk orang macam aku tau.. untuk manusia-manusia yang berangan nak jadi pelakon ni.. kene banyak-banyak pergi casting.. ingat senang ke orang nak bagi kita WATAK?

Aku teringat kata-kata YUSWAISAR masa aku kat MUAR.. dia kata ape kelebihan kau kalau aku nak ambik kau berlakon? kau siapa? pandai ke kau berlakon? aku terfikir sejenak.. aku bukan nak jadi pelakon yang kontroversi.. aku nak jadi pelakon yang memang pelakon.. bukan pelakon majalah atau yang sewaktu dengannya. Jadi kat sini nak sembang panjang pun tak guna.. ape-ape hal plan aku yang pertama aku nak pergi ujibakat PILIH KASIH.. lepas tu plan yang lain akan menyusul. ;)

Sabtu, 8 Mei 2010

MASALAH NI DER!!

Aduh!! dah pening kepala ni aku nak cari duit untuk nak buat single lagu.. walaupun tak berapa banyak tapi agak sakit jugak la nak cari.. mana lagi bank aku nak gi rompak ni? ( hehe.. gurau je ) dah la buat janji awal sangat.. konon2 nak bagi komitmen yang bagus la pada komposer tu.. alih2 aku pulak yang kene.. kayap aku nak cari duit.. padan muka aku.. sape suruh janji yang bukan2.. ni semua pasal aku dengan partner aku la.. dia pun sama jugak janji bukan main manis lagi tapi tak sedar diri duit pun takde sama macam aku.. esok lusa dah hari2 terus mendatang tengok2 lagu kemana komposer kemana tak jadi ape benda.. haram jadah la jawabnya.. sama2 la tanggung.. kenapa la aku boleh buat janji macam tu? ape la bongok sangat aku ni? dah tahu yang duit tengah takde boleh buat janji yang bukan2? emm nasib badan la..

Ni nak citer pasal partner aku pulak.. aku dengan dia ni memang sesuai la kalau nak record lagu nak duet.. ( komposer tu yang cakap ) sebabnya suara aku ni jenis suara halus dan dia pulak suara bass.. dia ni laki tau.. kami bukan gay ok.. dan kami pulak dah lama kawan dan dah tahu dah perangai masing2.. jadi senang la sikit nak kerjasama.. masalahnya dia ni jenis macam aku jugak.. nak tahu jenis ape? aku rasa korang semua dah tahu kot.. jenis takde duit la ape lagi.. hehe.. macam mana tu? jadi nak tak nak aku kene tangguhkan lagi la plan aku ni.. sakit hati betul.. aku nak duet dengan dia ni bukan ape.. aku hajat nak keje sama2 la sebab dia ni jenis macam aku jugak.. perangai dia dengan aku lebih kurang je.. ( padahal sebab anak buah dia cun.. hihi ) aku minat nyanyi sejak kecil lagi.. dia pun sama jugak.. jadi aku nak kongsi la liku2 nak jadi seorang penyanyi ni dengan dia.. harap2 impian aku ni berjaya lah hendaknya.. hehe..

Ni nak citer pasal komposer tu pulak.. dia ni pun orang yang takde duit jugak.. apela malang sangat nasib aku jumpa dan kenal dengan orang yang jenis takde duit sama macam aku.. kene mandi bunga ni.. hehe.. ni kisahnya dia p balik pinang la.. sampai sekarang tak boleh nak balik KL sebab duit takde.. dia cakap duk garap lagu kat sana sekarang.. adeh!! penat edeng ojang oii!! sape la suruh balik pinang dah tahu takde duit? lepas tu mintak pulak duit dengan kita orang ni.. dia pulak boleh buat tak tahu yang aku, partner aku dan dia tu jenis sama je takde duit.. walau aku merungut pun tapi aku tetap akan tolong dia sebab dia ni dah macam abang aku.. sabar ye syamsi-y.. saya yakin kita sama2 mengecap kejayaan tu nanti.. AMIN.

Pasal janji dah habis.. pasal partner aku pun dah habis jugak.. pasal komposer pun dah habis jugak aku citer.. ni kene pada aku la pulak.. aku ni pun sama jugak.. cakap je lebih tapi habuk pun takde.. cakap ok bang kita boleh.. kita ni kita tu tapi bila sampai masa.. aku pulak balik kampung.. huhu.. padan muka korang semua.. balik kampung sebab sepupu aku kawin daa.. bukan aku nak lari.. jadi kata2 penutup aku walau macam mana susah pun aku nak buat single ni aku akan tetap akan berusaha jugak.. aku harap sape2 kawan aku tu harap support la aku dan support la lagu tempatan.. penat aku nak kumpul duit nak buat single.. ok malaysia.. tunggu kemunculan single aku.. katanya komposer tu tajuknya "PUTERI CINTA KIPAS BERPUSING".. tunggu jelah.. mungkin akan tukar lagi tajuk tu.. ok bye

Khamis, 18 Mac 2010

HARAP2 JADILAH..

Assalamualaikum......

Aduhhh.. lamanya aku dah tak update aku punya blog.. tapi takpe sebab aku tahu takde sape pun yang nak baca blog aku.. hehe.. kepala pun dah nak pecah ni sebab tengah perah otak nak tulis blog ni.. idea tengah takde.. nasib baik ada benda yang aku nak sampaikan.. huhu.. jadi adalah jugak benda kan? hehe.. ok macam ni.. baru2 ni aku ada laa pergi jumpa aku punya abang angkat yang merupakan salah seorang komposer yang agak bagus jugak la.. tapi nama dia takde la sehebat m.nasir, adnan abu hasan dan yang sewaktu dengan nya.. aku pun tak tahu laa macam mana aku boleh terpikir untuk aku nak jadi penyanyi.. tiba2 je idea tu datang.. jadi kata orang kalau nak buat sesuatu jangan lambat2 nanti tak jadi pulak.. aku pun dengan segera laa pergi jumpa abang angkat aku ni.. cuba laa tanya dia berape kos nak buat lagu single dan nak masuk studio macam mana.. dia pun terangkan lah pada aku yang tak berape nak paham ni.. satu persatu dia terangkan.. dan aku pun mintak laa dia tunjukkan lagu2 yang dia cipta pada aku untuk aku pilih.. mula2 dia nak bagi aku lagu rancak.. tapi aku punya kepala ni tak berapa nak layan lagu macam tu.. dia cakap memang tak layan tapi kita nak buat ni nak bagi satu malaysia dengar.. bukan aku je.. jadi nak tak nak amik jugak laa tapi bukan lagu yang dia nak bagi tu.. aku pilih lagu lain.. lagu asalnya dia nak bagi kat kumpulan kristal tapi dia cakap susah nak kerjasama dengan manager kristal.. jadi lagu tu mungkin rezeki aku lah kot..

Lagu yang aku pilih ni asal tajuknya "kipas berpusing" yang mengisahkan tentang hanya abang angkat aku saje yang tahu.. lepas tu aku bagitahu dia supaya melodi kekalkan dan tukar lirik je dengan tajuknya sekali.. dia cakap yang tu takde hal.. jadi sekarang ni aku tengah kumpul duit sikit2 dan ada laa nak buat loan dengan abang aku.. nak kumpul duit sebanyak yang abang angkat aku nak tu sampai 3tahun lagi pun takkan masuk aku dalam studio tu.. jadi sekarang ni aku bajet dalam bulan 5 ni aku masuk studio laa.. itupun kalau takde halangan.. kos semuanya tu tak payah laa aku bagitahu.. cukup hanya menilai single yang aku nak buat ni je.. aku harap kawan2 aku semua bagi support kat aku selain abang aku yang nak bagi loan kat aku ni.. dia selalu je support aku dalam ape je.. jadi sekarang ni setakat ni je yang dapat aku tulis dan aku nak pegi sembahyang isyak dan nak pegi gym.. perut pun dah makin gemuk ni.. hehe.

Jumaat, 12 Februari 2010

PERANCANGAN AKU.

Assalamualaikum..

Lama jugak aku tak bagi salam kat blog aku ni.. asyik bagi ayat2 yang tak seberapa je bila pembukaan blog aku ni kan? ok sekarang ni aku nak citer pasal keje aku pulak.. asyik2 korang baca pasal cinta je yang aku bagi.. kali ni lupakan kisah cinta tu k.. hehe.. kerjaya.. sedar tak sedar aku ni dah setahun kot jadi pelakon extra.. tapi job tetap sama macam dulu.. sikit2 je.. dan jadi p.a kepada zed zaidi aku rasa dah nak masuk 3 bulan kot.. bila jadi p.a zed ni lah aku seolah-olah baru masuk dalam bidang seni yang sebenar.. mana tak nya benda yang aku tak penah tahu sebelum ni macam mana nak jadi seorang pelakon aku dah jadi tahu.. tak rugi aku terima tawaran jadi p.a dia 3 bulan yang lepas.. sekarang ni bila dah tahu sikit2 perkara dalam bidang ni aku rasa aku bukan nak berlakon je.. aku pasang impian untuk jadi penulis skrip.. menulis lirik dan mencipta lagu.. biar suatu hari nanti aku nak orang kenal aku dengan serba boleh.. bukan hanya boleh berlakon je.. kalau ada rezeki menyanyi pun aku akan cuba.. tapi itu cuma perancangan jelah.. hehe.

Pengalaman aku membuat lagu dah ada.. sebab aku ni boleh la main gitar sikit2.. dulu aku penah la buat lagu untuk aku main dengan band aku.. tapi sayang band aku tak boleh pergi.. tinggal kenangan je.. lagu yang penah aku buat kalau tak silap aku dah 5 kot.. tapi aku ni jenis layan lagu rock kapak.. jiwang2 tu biasa laa.. semua lagu yang aku buat tu untuk awek walaupun aku takde awek masa tu kan? hehe.. jadi sekarang ni lagu2 tu aku dah lupa macam mana dan terpaksa aku cari balik kod2 lagu tu dan cari balik rentak lagu tu.. walaupun agak susah nak dapatkan semula.. pasal tulis skrip pulak aku ni takde pengalaman lagi.. jadi bila nak buat citer tu memang susah laa.. nak susun satu persatu jalan citer tu memang kene perah otak jugak la.. lepas tu nak buat watak satu2 tu pun merumitkan jugak.. jadi walau macam mana pun kita sama2 tunggu laa.. jadi ke tak jadi perancangan aku ni.. apa2 hal orait saja.. hehe..

Ahad, 27 Disember 2009

IMPIAN 2010....

Assalamualaikum...

Walau dimana pun kita berada jangan lupa apa yang penah kita lalui.. hehe.. di hari ini aku mencoretkan lagi di blog aku untuk tatapan korang dan untuk aku meluahkan apa yang terbuku dan terfikir di fikiran.. tahun 2009 sudah pasti akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi dan 2010 akan terus memulakan destinasi perjalanan setiap manusia.. aku berdoa agar aku dimurahkan lagi rezeki pada 2010 ni.. biarlah tahun2 sudah menjadi pengalaman dan pengajaran buat kita semua untuk terus menuju kejayaan yang diidamkan masing2.. pada aku 2009 cukup mengajar aku erti kehidupan sebenar kehidupan manusia dan lumrah dunia dalam mencapai sesuatu matlamat hidup ni.. tapi kenangan itu tetap aku abadikan dalam ingatan aku walaupun pahit.. hehe..

Impian aku pada tahun 2010 akan aku usahakan walaupun aku sedar memang payah untuk aku lakukan seorang diri.. tapi apa boleh buat.. kesusahan aku ini aku sendiri yang cari.. hehe.. disini aku pamerkan apa yang aku impikan pada tahun 2010 ni..

1 - aku nak majukan diri aku

2 - cari calon isteri

3 - menimba beberapa banyak ilmu dalam dunia lakonan

4 - teruskan usaha untuk jadi seorang pelakon

5 - nak bantu mak dan ayah aku

Itulah serba sedikit yang aku nak lakukan di tahun 2010 nanti.. tapi ni bukan azam aku tau.. ni cuma impian dan terus berdoa agar benda2 ni akan tercapai.. mengimbau kembali tahun 2009 aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman susah payah aku untuk nak jadi seorang pelakon.. mula2 aku datang K.L dengan kosong.. takde apa yang aku tahu pasal dunia seni ni.. tapi kerana minat aku amat mendalam terhadap dunia lakonan ni aku terpaksa lakukan demi mencapai cita2 aku.. orang tua penah berkata nak buat apa keje pun kene bermula dari bawah.. maksudnya takde benda yang mudah untuk nak dapatkan kesenangan di hari muka.. jadi bermula dari bawah aku jadi la pelakon extra.. keje ni memang susah sebab aku pun tak kenal orang sangat.. kalau ramai kita kenal orang banyak la dapat job.. jadi hidup aku ni memang susah la.. seminggu kadang2 sekali ada job.. ada tu takde langsung.. nak tak nak kene terima jelah.. ok lah aku rasa dah panjang ceriata aku untuk last tahun 2009.. apa2 hal aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua yang kenal aku.. semoga tahun baru dapat memberi sinar kebahagiaan untuk korang semua.. bye2.......

Ahad, 20 Disember 2009

TERUS MENUJU KE PUNCAK..


Di malam yang terus berlalu menuju ke pagi.. aku terharu bila mengenangkan betapa bertuahnya aku bila berada dengan BOSS aku iaitu ZED ZAIDI.. aku sekarang dah pun bekerja dengan dia sebagai P.A.. dia ni memang sempoi gila.. dah la baik hati.. kebajikan aku tak yah cakap la memang betul2 dia ambil berat.. aku seakan-akan berubah banyak tau.. tempat yang tak pernah aku pergi, aku kene pergi bila ikut dia.. makan punya la best.. dia punya baik lagi baju pun dia bagi free je kat aku.. dah tu masa tempat shooting dia cakap dia nak tunggu dalam kete.. dia suruh aku pergi tanya kat ass.director bila scene dia nak buat kan? lepas tu dia suruh call je dia.. aku lupa pulak yang kredit aku habis.. aku pun cakap la kredit aku habis.. kau nak tahu dia buat ape? dia topupkan aku RM30.. sebelum ni tak pernah aku topup sebanyak tu.. paling banyak pun RM5 je..

Ok kita tutup bab tu dan kita teruskan dengan bab seterusnya.. kau penah baca tak blog ZED ZAIDI? kat blog dia tu dia ada tulis pasal PERSATUAN SENIMAN.. pada 18 disember 2009 aku pergi dengan dia lah kat FINAS.. ramai artis yang datang bagi sokongan dan mengundi.. aku pun terkejut bila tengok idola aku kan.. kau tahu sape? ZULHUZAIMY beb.. aku rasa macam tak caya je aku salam dengan dia.. last2 tu aku hajat nak amik la gambar dengan dia.. tapi dia dah balik.. lain kali laa.. selain ZULHUZAIMY ada ramai lagi artis.. antaranya adalah ABY YUS, LAN ZAILAN, ABON, YANK KASSIM, JOBOT, DATUK Y.H, Y.K, DYNAS dan ramai lagi lah.. kalau nak sebut memang panjang la huraian aku kali ni.. tapi aku gembira sangat2.. ni lah kali pertama aku merasakan hidup didalam dunia artis.. krew MELODI pun ada sama.. yang selalu aku tengok kat tv je.. ok sekarang ni aku pun dah ngantok dan aku rasa elok lah aku chow dulu.. gud nite malaysia.. hehe....

Rabu, 9 Disember 2009

REZEKI ALLAH...syukurrrr....



Tak dapat nak gambarkan betapa aku bersyukur kerana aku telah diberi rezeki yang tak disangka-sangka.. gembira bercampur sayu pun ada.. aku rasa doa aku telahpun dimakbulkan Tuhan lah.. hehe.. sebelum ni aku hanya minat je kat pelakon ni.. tapi tak sangka pulak dia ni jenis ok kan? nak mulakan ceritanya.. aku bukalah web google dan taip la nama pelakon ni.. lepas tu ada la tulis 'ZED ZAIDI DARE TO DREAM'.. jadi aku pun baca la blog dia.. aku baca punya baca punya baca ada la ternampak email facebook dia.. aku pun apa lagi try la add kn? mana la tahu kot2 dia ingat aku.. pasal aku penah la jugak belasah dia dulu.. aku belasah dengan kawan2 aku.. tapi dia tak lawan pun.. takut sangat.. tapi tu hanya dalam drama 'amanah karmila' kat tv2 pada suatu waktu dulu. Jadi aku add lepas tu aku mesej la kat dia.. macam ni 'hai zed..ingat saya lagi tak? kita penah sama2 shooting dalam amanah karmila'.. lepas tu dia balas..'lupalah bro'.. aku pun ok la kan? lepas tu dia boleh tanya aku ni keje ke tak? aku pun memang keje macam tu je kan.. aku cakap la aku keje buat extra je.. dia pun offer la aku jadi P.A dia.. gila aku nak tolak.. keje dengan pelakon yang aku minat ada ke nak tolak?

Lepas mesej punya mesej dia mintak la no fon aku.. aku bagi la sebab aku ada rasa yang macam ada sesuatu dia nak bagi aku ni.. tadi dia call aku dia kata compom dia nak ambik aku jadi P.A dia.. dan dia nak test aku dulu selama 3bulan.. kalau ok.. ok la.. dan aku rasa hari isnin ni aku bertolak balik K.L kot.. takkan nak lepas peluang dah ada.. dah berapa lama aku berdoa supaya ada rezeki aku dalam bidang ni.. syukur sebab Allah telah makbulkan doa aku.. aku rasa inilah pertama kali aku merasakan yang diri aku diberi rezeki yang tak terhingga nikmatnya. Aku berjanji aku akan keje dengan bersungguh2.. dalam keje tu pun dia tak halang aku untuk shooting.. dia kata kalau aku ada shooting itu duit lebih aku la.. gaji aku lain pulak.. bestnya keje dengan artis sambil tu dapat berlakon sama.. sekali lagi syukur kepadaMu ya Allah yang maha pemurah dan maha pemberi..

Selasa, 24 November 2009

BILAKAH AKU AKAN BERJAYA..???


Lama betul rasanya kalau menunggu masa berpusing ni.. tapi kalau tak tunggu cepat je rasanya.. lama tak lama dan sedar tak sedar umur aku dah masuk 20 tahun.. lagi sebulan akan masuk tahun baru iaitu tahun 2010 dan tinggallah 2009. Segala kenangan 2009 hanya dalam hati dan ingatan aku je.. menunggu masa bilakah aku akan berjaya?? buat kerja tak sampai setahun dah nak berjaya?? ada ke?? kalau ada memang murah rezeki lah tu.. kalau tengok gambar tu memang aku idamkan untuk jadi seperti ZULHUZAIMY.. tapi nak jadi macam dia bukan mudah, dia adalah seorang pelakon yang hebat. Aku pulak baru je buat kerja2 PELAKON EXRTA ni selama 6 bulan kot.. tak ingat asyik duk pikir nak berjaya je.. hehe.. aku ni bukan lah gelojoh, tapi yela aku pun nak rasa gak macam mana rasanya bila kita berjaya.. ape perasaan ketika itu.. aku akan jadi sombong ke?? jangan mintak benda yang bukan2 ni.. tak baik tau. Aku harap tahun 2010 ni akan memberi sinar dalam hidup aku.. aku nak usaha sampai aku berjaya, masa zaman sekolah dulu aku main2.. masa tu aku tak penah pikir macam mana nak berusaha sampai berjaya, sekarang hidup susah baru nak cari kat mana kejayaan.. ada ke kat dunia lakonan ni?? insyaAllah ada.

Sekarang ni aku hanya nak buktikan pada masyarakat terutama pada mak dan ayah aku walaupun aku sekolah tak tinggi mana tp aku pun boleh berjaya seperti orang lain. Harap2 biarlah aku berjaya di dunia ni dan di akhirat juga. Apa yang aku tulis ni akan aku jadikan sumber inspirasi dalam hidup aku untuk aku meneruskan kerjaya seni aku walaupun aku sedar masih banyak lagi halangan dan rintangan yang menanti aku di depan sana sebelum aku bertemu dengan kejayaan sebenar aku nanti.. namu begitu aku harap aku tak mudah putus asa dan tak mudah menyerah kalah.. kalau lah betul jalan yang aku pilih ni.. tentu Allah akan membantu aku dan hanya dengan keizinannya jugalah aku akan bertemu dengan kejayaan aku tu.. suatu hari nanti yang pasti bukan sekarang. Tunggu aku dan jangan tinggalkan aku.. aku pasti kita akan bersama suatu hari nanti.. kejayaan adalah milik aku juga.. insyaAllah..

Jumaat, 20 November 2009

BUAT PERTAMA KALINYA...


Assalamualaikum....

Jawab salam adalah wajib tau.. hehe.. pertamanya aku bersyukur kerana aku masih lagi bernafas di bumi Allah yang indah ini.. aku masih lagi berpeluang melihat semua keindahan yang ada.. masih lagi mendengar burung2 riang dipagi hari..masih lagi boleh menghirup udara segar dan aku masih lagi berpeluang menulis kat blog yang tak seberapa ini. Pertama sekali aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang tersinggah kat blog aku yang tak seberapa ni.. dan aku harap dengan cerita yang ikhlas dari lubuk hati aku luahkan kat blog ni akan menghiburkan dan menghilangkan boring2 korang yang ada. Aku bukan artis untuk korang nak cari untuk baca blog aku ni.. tu yang aku harap korang terhibur.. kalau tak terhibur aku minta maaf banyak2.. mungkin kesilapan teknikal.. hehe....

Mula2 sekali aku nak memperkenalkan diri aku.. nama aku seperti biasa deen arman, baru berumur 20 tahun, perangai aku agak panas barang sikit tapi bile sejuk ok laa.. benda yang aku suka main game.. keindahan alam semula jadi.. kedamaian dan banyak lagi.. perkara yang aku tak suka bile orang tipu aku.. tak jujur dengan aku walau dalam ape jua sekalipun.. dan aku pegang prinsip 'tak mati pun aku kalau tak kawan dengan orang yang tak jujur dengan aku'.. tabiat buruk aku.. aku suka gigit kuku dan tido pagi sampai petang.. huhu bestnya tido.. aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi bahagia.. soal cinta aku nak beri yang terbaik untuk orang yang aku cinta tapi aku ni jenis susah nak jatuh cinta.. kalau dah jatuh cinta mesti akan rasa sayang dan akan ada terselit kesetiaan yang tak terhingga.. hehe..

Apapun 'buat pertama kalinya' ni aku menulis kat blog aku untuk menghilangkan boring aku.. meluahkan ape yang aku rasa.. mencari sesuatu yang masih lagi tak pasti.. ingin mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.. ingin mengenali diri sendiri dan ape jua yang tertulis disini hanya luahan semata-mata.. bukan rekaan.. pada kawan2 yang baca blog ni, aku harap jangan lupe follow blog aku ok.. HTTP://DEEN-ARMAN.BLOGSPOT.COM.. satu lagi jangan lupa add aku kat facebook WWW.DEEN.ARMAN@YAHOO.COM..