Ahad, 28 Oktober 2012

KARUT LEWAT MALAM

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha. :)

Kali ini aku nak cerita pasal lagu, lagu aku.. ciptaan sepenuhnya oleh aku dan aku yang menyanyikan lagu aku tu.. judul lagu DEWI AMIRA.. ada kisah disebalik lagu ini, tapi aku rasa elok saja aku simpan dulu kisah lagu ini. Hari ini raya ketiga aidiladha 2012, maka terhasil sebuah single lagu yang pertama dari aku.. arrangement muzik aku serahkan sepenuhnya pada bro JUKIEY, gitarist kumpulan DESIRE-X.. sebenarnya tak banyak pun aku nak sembang pasal lagu aku ni.. cuma aku terlalu gembira dengan kesungguhan, ketekuanan dan kesabaran aku selama ini hingga membuahkan hasil.. itu sebab keluar peribahasa USAHA TANGGA KEJAYAAN. :)

Salah satu sebab kenapa aku nak sangat menyanyi, itu adalah cita-cita aku sejak dari aku berbaju kameja putih berseluar slank biru gelap di zaman kecik lagi. Ramai manusia mengutuk dan menghentam bila aku cakap aku nak jadi penyanyi, soalan paling top adalah, 'sedap ke suara kau nak jadi penyanyi?', hati aku berkata.. 'NAK SERIBU DAYA'.. walaupun lagu aku ini belum lagi keluar mana-mana stesen radio, tapi aku dah cukup berbangga dengan usaha yang selama ini aku hamparkan di medan peperangan manusiawi.. kata orang, 'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG'.. aku faham maksud perkataan itu.. orang lain pun patut faham perkataan itu.. hehehehehe.

Lagu kedua aku dalam proses sekarang ini, lagu ciptaan sepenuhnya oleh ANU XN3 berjudul CINTA GILA. Lagu ini aku feat dengan ANU sendiri, lagu ini juga akan aku masukkan dalam single album aku.. tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku dengan kejadian ini semua.. hahahahahaha.. lagi 3 lagu akan menyusul dan misi aku sekarang mahu naik semua stesen radio untuk persembahkan lagu yang aku ada.. memang aku tahu bukan senang nak bagi radio mainkan lagu itu, tapi aku percaya bila niat ikhlas.. Allah pasti bagi kita peluang.. apa-apapun kita tengok la apa jadi dengan lagu DEWI AMIRA tu ye.. chow dulu geng! :)


Sabtu, 21 Julai 2012

SEMBANG PAGI.

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan yang indah ini.. masih lagi mendengar bunyi-bunyi kicauan burung di pagi hari. Hari ini diberi kesempatan untuk meneruskan puasa ke-2 di bulan ramadhan bagi tahun 2012. Ya! tahun 2012, tahun ini adalah tahun yang paling kejam dalam hidup aku.. banyak perkara yang tak diduga berlaku dengan sekelip mata dan takdir yang bergitu berat terpaksa aku tanggung.. SEDIH dgn DUGAAN yang NYATA. :(

Tahun ini genaplah 4 tahun aku berada dalam industri lakonan, bermula dari pelakon extra pada awal tahun 2008.. balik ke kampung 2 minggu sebelum puasa pada tahun itu jugak dan terus berputus asa untuk ke KL kerana aku tak nampak jalan macam mana untuk aku nak cipta nama sebagai pelakon.. lepas tu aku dikurniakan rezeki yang tak pernah aku angankan dalam hidup aku dan tak pernah juga tercipta dek akal fikiran aku yang waras ini.. ZEDZAIDI offer gua jadi P.A dia beb! sejak itu aku mula menampakkan cahaya masa depan aku untuk terus bertahan dalam dunia lakonan.. Sedar tak sedar, setahun setengah jugak aku menjalani hidup sebagai P.A dan aku tak akan lupa segala suka duka dalam melayari hidup sebagai P.A. Disitu aku mula mengenali ARTIS-ARTIS, aku belajar hidup dalam kehidupan ARTIS dan aku belajar menjadi ARTIS.. tapi awal bulan JUN tahun ini aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu berlakon lagi dengan sebab-sebab yang tertentu.. aku pasti ini keputusan yang pahit tapi aku terpaksa demi segala kenangan yang telahpun berlalu. Terima kasih buat ZEDZAIDI kerana anda saya dikenali oleh rakan-rakan ARTIS dan rakan-rakan yang ingin mengenali saya. :)

Sebenarnya sejak aku kecil lagi aku terlalu meminati nyanyian.. sehingga sekarang minat itu masih menebal dalam hati.. dan aku ingin jadi seorang penyanyi jika diizinkan olehNya. Masuk indusrti lakonan tu sebenarnya mencari jalan agar aku dapat masuk ke dalam industri nyanyian.. aku ingat mencipta nama melalui lakonan mudah, tapi sebaliknya.. jadi aku terpaksa melupakan jalan itu. Kini aku sedang berehat panjang di kampung sambil-sambil tu adalah masuk studio jamming dengan band yang agak boleh tahan jugak permainannya.. main genre rock kapak memang kene dengan jiwa aku.. ada peluang terus masuk jadi vocalist.. hehehehehe. Bila aku suarakan pada kawan-kawan aku yang aku mula nak menyanyi, semuanya gelak dan mengutuk.. biasa la sifat manusia memang macam tu.. aku tak cakap orang lain.. kalau aku pun aku gelak jugak.. hahahahahahahaha.. tapi aku tak ambik port pun pasal tu.. orang melayu ni masa kita tak berjaya memang dia gelak dan kutuk, tapi bila dah berjaya nanti mula la sanjung dan kata 'itu kawan aku'.. aku dah faham dah.

Buat masa sekarang ni aku cuba mencipta beberapa lagu untuk aku buat satu ALBUM SINGLE.. insyaAllah jika diberi rezeki dan keberkatan, terlahirlah ALBUM tu.. genre yang akan aku bawa mungkin genre jiwang kot.. sebab rock zaman sekarang susah nak diterima.. duk di kampung perah otak buat lagu.. memang satu tekanan buat aku.. orang kata 'nak seribu daya, taknak seribu dalih'.. 'usaha tangga kejayaan'.. apapun nanti kita tengok la macam mana., byeeee. :)

Ahad, 1 Januari 2012

MENTOR 6.. MENCUBA NASIB. :)

Assalamualaikum dan Happy new year 2012 pada yang terbaca blog aku ni.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dan baca artikel-artikel dalam blog 'DEEN ARMAN MENGEJAR IMPIAN' ni. :) 2011 banyak dugaan-dugaan yang terpaksa aku lalui dan banyak jugak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Baru aku tahu kenapa bapak aku marah sangat dekat aku dulu bila aku ambik duit dia masa dia patah kaki tak boleh bekerja.. bukan senang nak cari sesuap nasi woooo!!! patut la ada keluar peribahasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.. itu semua aku dah mula faham dan mengerti.. tapi sekarang aku bernasib baik kerana mempunyai tiga orang abang, dua orang adik dan seorang mak dan seorang bapak yang selalu support aku walaupun sesekali mak aku pernah suruh aku cari kerja lain.. mungkin rezeki orang belum sampai lagi mak.. esok lusa mana tahu rezeki tu jatuh tergolek.. siapa tahu kan?

Ok bercerita mengenai Mentor 6.. entah dari mana aku sendiri pun tak tahu kenapa aku nak try.. tiba-tiba aku rasa nak pergi ujibakat nyanyian. Memang sejak dari kecik dulu aku nak jadi seorang penyanyi.. bukan seorang pelakon.. tapi oleh kerana nak masuk link nyanyian tu susah.. aku fikir baik aku try dalam bidang lakonan dulu.. lepas cipta nama baru aku menyanyi.. tapi lain pulak jadinya.. nak masuk link lakonan pun susah jugak rupanya.. hahahahahaha.. letih kepala otak pikir. Aku teringat kata-kata Joey Exixst masa aku shooting dengan dia dalam drama Cuci-cuci services 2 episod 16.. dia cakap sekarang ni nak jadi penyanyi mahupun pelakon tak susah.. yelah, dah berlambak program reality TV kat Malaysia ni.. sekarang bukan macam zaman dulu.. dulu memang susah giler kalau nak jadi seorang penyanyi mahupun pelakon.. bagi aku walaupun banyak program reality TV.. itu susah jugak sebab semua ni bergantung pada nasib dan rezeki masing-masing.. berapa ramai manusia-manusia yang nak jadi artis sekarang? berapa ramai yang nak glamor? berapa ramai yang nak top? berbekalkan rupa paras dan body yang baik pasti peluang tu cerah.. kalau macam aku ni lambat sikit la.. entah-entah tak dapat langsung.. huhuhuhuhu.

Kenapa aku nak try mentor 6? Sebab pertama aku nak try mentor ni bukannya apa.. ujibakat berlakon dah berlambak aku pergi.. dari pilih kasih 2 sampai ke pilih kasih 3 aku pergi tak dapat.. raja lawak 6 pun sama tak dapat.. casting filem-filem, drama-drama pun sama.. semua tak dapat.. aku pun tak tahu mana silapnya.. kalau nak kata aku tak pandai berlakon tak jugak.. sebab ada seorang mamat ni tak pernah berlakon drama pun Mr.David ambik jugak dia jadi artis MIG.. habis macam mana tu? tak apalah mungkin rezeki dia kot. Sebab kedua aku nak try mentor ni kerana aku dah try nyanyi depan artis-artis kita seperti otai rock kapak Amir pearl, Anu raja lawak, Zedzaidi dan komposer baru Syamsi-y.. rata-rata bagitahu masalah aku adalah tempo.. jadi untuk ke mentor nanti aku akan cuba baiki tempo aku dan mungkin berbekalkan suara rock aku ni boleh menambat hati Ella ataupun Faizal Tahir.. hahahahahahah.. harap-harap baiklah semuanya... aku rasa mata pun nak sambung tidur balik.. sebelum pengsan kat depan laptop ni baik aku masuk kamar aku dulu.. see you again. :)